^^,«It's a strange thing to discover and to believe that you are loved when you know that there is nothing in you for anybody but a parent or a God to love.»

Saturday 29 October 2011

ThEy Know Allah Made TheM..

Some animals make their homes in trees
so do some insects and buzzing honey bees.
Others burrow away in the earth so deep
then curl up inside for a winter-time sleep.
Camels live in the desert hot and dry
storing water in their humps so that they won't die.
Yet the Polar bear with his white coat so nice
has to fish through a hole he made in the ice.
No matter whether animals are big or small
they know that its Allah who has made them all!

Friday 28 October 2011

CiNtA BuKAn MiLik KitA..


AIR MATA ITU..

~✿..Jika kamu MENANGIS kerana lelaki, berhenti dan cuba FIKIR kembali..adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya? Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS? Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu? Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak? Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah REDHANYA? Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA? ✿~

>>> Kesat air mata itu..sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING, sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..lebih BERHARGA jika dibazirkan untuk lelaki itu..BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..YAKIN dengan JANJI Allah..orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..(◠‿◠)
 

Thursday 27 October 2011

kerinduan Malam..


Syahdu ini mendatang lagi,
Terpinga-pinga aku diulit mimpi,
Kian jernih kian nyaman,
Mengaburi setiap langkah serta ruang.
Malam ini dalam lagi,
Sungguh indah berseri-seri,
Di terangi cahaya rembulan,
Jauh meninggalkan awan.
Malam ini,
Aku teringat satu kisah lalu,
Satu kisah yang menerbit di pipi,
Yang datang menghinggap memori.
Waktu dulu...
Kisah ini berlaku takkala umur dan usia ini masih bergelar belasan tahun. Afif merupakan seorang pelajar cemerlang baik dari segi pencapaian akademik mahupun akhlaknya. Sikapnya yang sering mengalah, lemah lembut, menghormati orang lain membuatkan sesiapa sahaja yang berada di sekitarnya akan berasa senang dan selesa sehinggakan dalam diam dan tidak, Afif telah diminati oleh seorang rakan sebaya bernama Asmah. Asmah yang dulunya tidak pernah bergaul dengan lelaki yang bukan muhrim baginya bagaikan terpukau dek sikap dan perilaku Afif di samping merasakan Afif mampu memimpin dia ke jalan yang diredhai.
Secara tidak sengaja, di dalam satu aktiviti di suatu petang, Afif dan Asmah telah dapat berkenalan dengan lebih rapat dan dari situ bermulalah bibik percintaan walaupun pada mulanya mereka berdua ini malu untuk mengaku memandangkan kedua-dua mereka dididik dalam keluarga yang penuh dengan norma dan cara hidup beragama. Namun, nafsu yang menguasai diri telah mengheret mereka ke lembah yang dibenci oleh Allah S.W.T juga Nabi S.A.W. Percintaan mereka berlanjutan selama setahun sehinggalah satu peristiwa yang menyedarkan Afif bahawa perilaku mereka adalah salah di sisi Islam. Oleh itu, Afif memutuskan untuk meleraikan hubungan yang terbina bukannya atas dasar iman itu.
Kini, mereka berdua bebas dari kancah kehinaan dan kembali ke jalan yang diredhai oleh-Nya.
Alhamdulillah...
Malam itu telah berlalu,
Meninggalkan daku sendiri,
Mengenang sebuah kisah,
Yang sering menyapa diari sendiri.
Moral Cerita: Tiada salah mencintai, tapi cintailah yang halal bagi kamu.

Wednesday 26 October 2011

SubhanAllah

ustazah: Awak Cintakan Saya Lebih Dari Keluarga Awak?
Ustaz: Tak.
Ustazah: Kenapa? Sampai Hati Awak Buat saya Camni
Ustaz : Saya ada ALASAN tersendiri
Ustazah : Baiklah Saya Nak Dengar Dari Hati awak Sendiri.
Ustaz: Bila Saya Mula Melihat Alam Dunia , Bukan Awak Yang Tolong Azankan Saya Tapi Abah Saya. Bila Saya Menangis Ditengah Tengah Malam, Bukan Awak Yang Tolong Tenangkan Saya Tetapi Emak Saya Tolong Dodoikan Semula, Jadi Tanpa Kesabaran & Kesungguhan Mak Bapak Saya …. Siapalah Saya ?? Sebab Tu Saya Lebih Sayangkan Keluarga Saya Daripada Awak . Macam Saya Cakap Sebelum Ni, Menyayangimu Sa
tu Keharusan Akan Tetapi Mencintai Allah & Ibubapa Saya Satu Kewajipan .